Gadis Blog

kajang, Malaysia
Blog ini adalah blog bebas...saya dibenarkan menulis entri tentang kesihatan, kehidupan dan lain - lain

Thursday, 3 February 2011

Hari Yang Membosankan

Hari ini ialah Tahun Baru Cina bagi tahun 2011.Semua orang berseronok apabila cuti sekolah dan musim perayaan tetapi tidak saya...hari ini sungguh membosankan kerana tidak banyak cerita menarik di tv.Mungkin bagi orang Cina ia menyeronokkan kerana apabila tiba tahun baru Cina semua kaum Cina akan menyambutnya dengan meriah dan memdapat angpau..saya harap kepada pembaca Cina tidak marah dengan apa yang saya tulis sebab saya bukan orang Cina dan saya tidak tahu sangat tentang budaya Cina.

Pada tepat pukul 12 malam tadi memang seronok kerana banyak bunga api sana sini dan cantik pulak tu.Ramai orang berpusu-pusu di jalan raya untuk balik ke kampung memandangkan tahun ini untuk tahun baru Cina kita di Malaysia cuti selama seminggu.Tetapi tidak saya apabila keluarga saya tidak dapat pulang ke kampung kerana Ma ada kerja yang banyak tidak dapat dielakkan dan kakak2 abang2 saya semua sibuk dengan perkara masing2.

Saya keseorangan kebosanan memandangkan saya tidak mempunyai adik.Hendak siapkan kerja sekolah...sudah saya siapkan pada hari sabtu.Arkk memang bosan cuti seminggu ini. Nampak cuti tahun ini secara tidak langsung hambar.Tetapi Ma ada cakap bulan 3 balik kampung di kuantan..selain balik kampung di kuantan sebenarnya ma ada juga majlis penting jadi bak kata pepatah ' Sambil Menyelam Minum Air '.

No comments:

Post a Comment

Followers